Saturday, June 11, 2011

Cerita TV

Baru2 ni tengok citer Makbul kt TV. Tak pernah pn tengok citer tu tp baru2 ni mmg rasa mcm nak tengok. Sebenarnya, aku bukan lah peminat rancangan TV, kekadang je kalau ada citer best, baru la tengok.. Lagi satu, aku tak tengok citer melayu - jgn marah ye, aku bkn nak condemn citer melayu, tp mmg aku tak minat sebab bila tengok 5 minit je, aku mcm dh boleh agak mcmana ending nya.. Lagi satu, skrip citer melayu mcm tak kuat, kalau citer pasal doktor, pelakon nya tak nmpak gaya mcm doktor, skripnya pn balik2 "isteri encik menghidap kanser otak di tahap yg serius, dia cuma ada masa sebulan saje utk hidup". Kalau citer polis pulak, balik2 "Hmm, skrg ni jenayah makin menjadi2, penat kita dibuatnya", "Tp mmg itu dh jd tugas kita membanteras jenayah". Pastu, Balik2 citer org kaya yg tamak, suka main pompuan, anak derhaka, cinta terhalang, hasad dengki nak rampas harta org kaya... mcm dh takde benda yg nak dijadikan cerita.. Skrg ni pulak, semua citer tntang hantu, hantu, hantu,... muak betolll... Setuju tak dgn aku? Takpe la kalau tak setuju pun, itu pendapat aku...

Berbalik kpd citer Makbul td, bagi aku citer ni menarik dan lain drpd yg lain. Menariknya, tajuknya ialah 'Makbul-sebuah cerita tentang doa'. Simple, kan? Paling buat aku rasa nk tengok ialah sbb tajuk citer tu sdiri pulak dikaitkn dgn nama satu watak dlm citer tu jgk, yg mana wataknya adalah seorang anak yatim yg lurus bendul. Watak yg sgt innocent tu telah mbuatkn hati aku cair utk tngok citer tu smpai habis. Budak bendul ni suka berdoa, dan apabila berdoa dia sgt ikhlas. Mjadi seorg budak yg lurus bendul, hatinya cukup bersih, sbb itulah doanya makbul.

Ada satu babak di mana seorng ustaz berkata kpd org kaya yg cuba mendekatkan diri kpd Allah dgn membuat kebajikan terhadap anak2 yatim (Alhamdulillah...), "Tuan, selalunya kita apabila berdoa, kita memaksa Allah utk memakbulkan doa kita", dan jawab org kaya tu pulak, "Ye ustaz, dan bila doa kita tak dimakbulkan, kita pn berputus asa". Begitulah lebih kurang dialog mereka.. Cukup tinggalkan kesan pd diri aku, sbb aku rasa aku pn begitu, bila berdoa je, nak terus apa yg didoakan itu mjdi, dan byk kali rasa putus harapan, Ya Allah, lemahnya iman...

Inilah jenis cerita yg aku rasa pengarah d Malaysia patut buat. Aku juga puji Nur Kasih, Trilogi Cinta, Hantu Kak Limah Balik Rumah (dlm komedi, ada mesej dan sindiran...) dan beberapa lagi cerita yg aku rasa bagus, tahniah kpd pengarah2 ini. Dulu aku suka tengok citer tajuk dia 'Jgn biarkan dia menangis' (rasa2 mcm tu la tajuk dia) lakonan safura dan suaminya, kisah tntg seorg nurse kt rumah sakit jiwa yg kawin dgn salah seorg pesakit mental yg dh sembuh. Suaminya ni syg betol kt dia dan taknak bagi isteri ni sedih. Lagipun, wife dia ni ada kisah silam, di mana mak dia buang dia kerana dia dikatakan sial menyebabkan kematian ayah dan adiknya, sedangkan tu semua bkn salah dia. Mak dia tak bagi balik kmpung sbb benci betol dgn dia, dan bila mak dia sakit, dia betol2 nak balik jenguk mak tp dia takut mak dia taknak jumpe dia dan suami dia pulak tak benarkn dia balik kmpung sbb taknak bagi dia kecewa.. Emm, satu arahan yg mantap aku rasa..

Cadangan aku, kalau nk buat drama, buat betul2. Kalau nk buat watak ibu mengadung, jgn la pakai bantal 4 segi taruk dlm baju ibu tu, nmpak sgt bantalnya.. Kalau nak buat watak cikgu tadika, jgn la pakai baju kebaya dgn tudung serebet. Ingat ckgu tadika takde standard ke? Kalau citer doktor, buat la satu skrip yg mana doktor tu bincang dgn patient atau ahli keluarga secara detail, sebut nama2 ubat, jenis2 rawatan, sbb tu akan menarik penonton. Kalau nk buat citer korporat, jgn la berkisar tntg ada org nk balas dendam rampas syarikat, dan ada anak yg tak pandai urus syarikat, asyik berkepit dgn pompuan je.. Drama melayu pn boleh maju dgn cerita yg berfokuskan ilmu, isu alam sekitar, kebajikan, tak perlu pompuan seksi, tahyul atau lumba kereta je.. Buat drama atau filem, biarlah berilmiah sikit. Tak mustahil filem kita akan dijadikan sbg filem rujukan pelajar universiti, dalam dan luar negara, bkn sahaja bagi pelajar kursus perfileman, tp bagi pelajar LAW, BAHASA, atau KAUNSELING, sebagaimana filem DEAD POET SOCIETY, MONALISA SMILE, SLEEPING DICTIONARY, SCARLET LETTER yg cukup byk dijadikan bahan rujukan budaya, bahasa dan sejarah.. Selamat mencuba!!!

Rindu nk tengok ER, doktor2 yg sibuk dan masing2 ada character yg tersendiri...

Friday, June 10, 2011

Malas

Kenapa kita malas?

Banyak sebab malas ni. Ok, kita kongsi. Mungkin ada antara kita yg ada sebab yg sama atau mungkin jugak berbeza. Takpe, ini sebab saya malas.. Anda bagaimana?

1. Bila penat atau kurang sihat.
2. Bila dah jemu buat sesuatu yg sama setiap hari.
3. Bila mintak sesuatu tp tak dapat2.
4. Bila asyik kena marah dgn orang atasan tentang hasil kerja kita ataupun kerja yg kita kena buat tu jap2 kena tukar, jap2 kena modify.. tak tetap pendirian langsung la bos nih..!!!
5. Bila tak tau camana nk start sesuatu keje. Nak mula dari mana ni?
6. Bila kerja banyak melampau... Belum buat lagi dh rasa tak nak buat dah..
7. Bila sakit ati kt org.. segala benda pn jadi sangat irritating pd kita.. tu yg malas tuh..
8. Bila kena bekerjasama dgn org yg kita tak suka, atau org yg tak suka kita.
9. Bila tak dpt info yg terperinci utk nk jalankan keje kita.
10. Bila kerja yg dibuat tak jadi2, tak siap2.. apahal ni?
11. Bila "asyik2 aku, asyik2 aku.. mcm takde muka lain dah"...
12. Bila kepala tengah serabut pikirkan byk hal..
13. Bila laptop hang, virus, dan yg sewaktu dgnnya..
14. Bila byk benar gangguan, nk2 lagi kalau gangguan yg lebih menghiburkan.. hehee..
15. Bila sedih..
16. Bila mengantuk dan hati kata.. "best jugak katil ni, lagi2 bantal peluk tu"..

Ok ke? Renung-renungkan lah..