Tuesday, August 30, 2011

Rajuk Rasa di Ambang Syawal

Salam Sejahtera kepada seluruh umat Islam sekelian.

Alhamdulillah, Ramadhan yang mulia sudahpun berlalu dgn indah sekali dan Syawal pun tiba jua dgn penuh kegemilangan. Kalau keluarga lain sibuk buat persiapan hari raya, family aku pn tak terkecuali. Tp ape yg nak aku cerita kat sini bukanlah persiapan hari raya tp tentang rajuk rasa yg adik-beradik aku dan mak bapak aku(kami berlima serumah) terpaksa tanggung dgn perangai salah sorang abang aku ni.

Abang aku ni tinggal dan bekerja di N9. Sudah berkahwin dan ada 3 anak - 2 pompuan dan 1 lelaki. Alkisahnya, kitorang ni selalu saje merajuk rasa dgn abang aku yg sorang ni. Bkn ape, dia ni jenis keras kepala, ada sket selfish dan unsur2 berlagak yg nyata. Dpt wife pulak, jenis yg lebih kurang sama je dgn dia.

Masalah utama ialah, diorang ni kalo balik kampung je, mesti buat masalah kt kitorang. Sampai2 je kt rumah, bukak TV, bukak kipas (kalo kipas kt ruang tamu tu ada tiga bijik, maka tiga2 bijik la yg dibukaknya), panas katanya. Sampai ke malam sampai ke pagi kipas berputar ligat tak tutup2, bil letrik melambung2 bila diorang balik. Ubat nyamuk pulak (biasa kitorang guna ridsect) kalo satu tin penuh yg ada kt rumah tu, maka satu tin tu disemburnya dua hari dah abis, byk nyamuk katanya. Kitorang mmg menyampah betol la, berlagak sungguh, kt kampung ni panas, byk nyamuk.. mcm2 la.. ko nk sgt balik kmpung, tp komen mcm2.. mcm la ko tu berasal dari keluarga kaya raya nk berlagak sgt.. tak ingat ke ko pun dulu masa bujang takde keje, duk rumah ni jgk berpanas, bernyamuk. Dah la tu, keluar dari bilik air, dgn lampu tak tutup, setiap malam, membazir sungguh.. Sampaikan bapak aku kata, mcm si buta baru celik.. dulu idup susah, bila dah senang berlagak nak mampus macam tak penah kenal ape itu panas dan nyamuk.. huhh.. ;p

Itu belum masuk bab anak2 lagi tu! Petang2 je pegi berkelah kat tepi laut (rumah aku dekat dgn pantai, anak2 balik dgn baju seluar penuh dgn pasir pantai, naik rumah kotorkan lantai.. diorang laki bini boleh buat tak tau.. akhirnya kakak aku la yg jd mangsa bersihkan lantai sedangkan bininya dan abang aku ni boleh buat muka selamba tanpa rasa bersalah. Siang malam TV 24 jam, berlari bercakap membingit sepanjang masa, 10 minit skali pegi dapur mintak air. Bercakap dgn org tua punya la kurang ajar.. especially yg paling kecik, yg lelaki tu.. aku rasa mcm nak tumbuk je muka dia.. !

Baru2 ni lagi kesian kt bapak aku, ada sorang abang ipar aku tu dalam perjalanan balik ke kemaman singgah jap kt rumah kami nak tumpang solat. Dia berikan sebotol air nira kt bapak aku sbb dia tau bapak aku suka air nira. Korang tau ape abang aku yg problematic ni buat? Diminumnya air nira tu sampai abis, dan bila bapak aku tanya dia just jawab "dah tinggal sket je lagi ayah, dah tak sedap sebab manis dh hilang, tinggal ais saje". Ape perasaan korang? Hati kering betol abang aku tu.

Kali ni dia bawak balik seekor arnab. Tp dia tak jaga pun arnab tu betul2, tinggalkan kt tepi tangga rumah dgn najis bersepah2, kt tengah panas pulak tu, tak ke kesian kt binatang tu? Kalau hujan, tak ke demam? Lagi2 kakak aku jadi mangsa bersihkan najis dan angkat sangkar yg berat tu letak kt tempat elok sket. Ikutkan hati, mau aku racun je arnab tu, cuma aku pikir arnab tu takde dosa, aku pun tak jadi. Tp kalo pun arnab tu berdosa pun dgn aku, aku takdenya sampai ati nk bunuh dia. Sbb yg bersalah ialah abang aku tu.

Si bininya pulak, bila nak balik rumah kami, dibawaknya sekali baju kotor dari rumah di N9 utk dibasuh kat sini. Cuba korang pikir, bawak baju kotor balik ke kampung utk dibasuh kt kampung. Gilo ko apo tu? Mesin basuh kt rumah sdiri rosak ke? Dah la tu, air panas dlm termos tu tak sampai sejam abis licin lincau. Kakak aku masak air panas, taruk dlm termos, bila nak buat air, air panas dh takde. Dah ko abiskan air panas tu, tak reti2 ke nak masak air ganti balik? Bila dia tengok takde air panas dlm termos, dia takde rasa nak masak air, sanggup dia tunggu sampai kakak aku yg masakkan dan taruk semula dlm termos dan dia akan abiskan sekali lagi. Mmg dasar pemalas tahap gaban la dia ni.

Masalah abang aku ni, dia tak boleh ditegur, tak jalan nyer.. sampai mak bapak aku mcm malas nak kata ape dah. Mak bapak aku taknak la tegur byk sgt takut nanti diorang kecik ati dan taknak balik beraya dah tahun2 akan dtg. Tengok, mak bapak aku sibuk nak jaga ati diorang tp diorang tak penah nak jaga hati mak bapak! Tp nampak la mak aku kecik ati dgn perangai dia yg tak berubah, suka memerintah dan selfish dari bujang sampailah dh beranak pinak ni. Kalo lawan bercakap, tak menang kita nyer..

Hari ni hari last puasa. Mak aku cakap dia rasa mcm puasa seminggu yg terakhir ni mcm sia2 je sbb byk sgt mengutuk mengumpat diorang laki bini. Kesian mak bapak aku, nak tegur salah, tak tegur salah. Akhirnya memendam rasa je. Petang tadi, masa hampir nak berbuka, mak aku pening kepala yg amat sgt. Bila dia rasa boleh bangun sket, dan dpt duduk skali makan dgn kami, aku pun sound mak aku, "mak, saya rasa mak pening macam ni, bukan ape sgt ni mak.. sebenarnya mak ni STRESS ni!" Kakak aku yg dua tu tersengih2 menahan gelak dan paham dgn maksud aku. Tp tak tau la yg dua orang lagi tu paham ke tak.. ataupun buat2 mcm tak paham!!!

Saturday, August 27, 2011

Sejuta dalam harapan

Kalau kita ditanya soalan,"Sekiranya kamu mempunyai diberi satu juta ringgit, bagaimana kamu belanjakan duit itu?"

Menarik betul soalan tu! Hmm kalau ada satu juta dlm tangan - cash le tu - ape aku akan buat ye.. (sebenarnya dah ada dlm kepala tu.. hehee..). First sekali aku nak buat rumah baru bagi mak ayah aku duduk. Rumah sekarang kurang selesa. Yang kedua aku nak enjoy.. yahuuu... Ok, setelah tolak jumlah kos bina rumah mak, inilah yang aku nak buat dgn duit selebihnya..

1) Bayar ansuran keta yg masih ada lagi lebih kurang 4-5 tahun.
2) Servis keta aku bagi kaw-kaw punya!
3) Melancong - Dah lama aku nak gi Australia. Nanti kalau UK dah aman, aku nk gi UK jgk.
4) Overhaul kancil kakak aku yg byk problem tu.. dan hadiahkan dia RM10000.

Amacam? Boleh ke? Dah lama mimpikan ada duit sebanyak tu. Aku nak masuk one in a million, aku tak pandai nyanyi. Jadi aku akan usahakan kumpul biar sampai sejuta, hehee.. in your dreams...

nota: Orang lain, dpt sejuta nak pegi haji dan hantar mak bapak gi haji. Tp aku sibuk nk gi melancong.. ape la bangap sgt..

Friday, August 26, 2011

Bila Ramadhan di penghujungnya

Dalam kesibukan mengemas rumah dan mencuba baju baru untuk dipakai ketika 1 Syawal nanti, saat di mana biskut raya beraneka rupa dan rasa mula bertukar tangan dari penjual kepada pembeli, dan semasa bertungkus lumus mengatur jumlah duit raya ke dalam sampul untuk diberikan kepada kanak2 pada hari raya yg bakal menjengah, maka akan bertandanglah rasa terkilan di hatiku saban tahun. Bila terbayangkan abang dan kakak bersama anak2 buah tercinta pulang dari perantauan, aku termanggu sepi di muka pintu, sambil menunggu seseorang yg aku tahu pasti tidak akan kunjung tiba.. tp hanya aku yg setia menunggu.

Sungguh besar cita2ku suatu waktu dulu, bagaikan sungguh mudah dicapai cita2 itu. Namun harapan tinggal harapan, dan sudahpun menjadi hanya kenangan yg cuma mampu dikenang, bukan digenggam. Mungkin sudah ini takdirnya, hati ini dilukai, aku redha. Tp nun jauh di lubuk hati yg paling dalam, kuberdoa agar suatu hari nanti cita2 itu akan jadi kenyataan.

Ya Allah, berikan aku kekuatan. Sempena Ramadan yg mulia ini, tabahkanlah hatiku, kuatkanlah imanku, sesungguhnya hambaMu ini terlalu lemah mngharungi ujianMu. Dalam hati dan fikiran sentiasa mempertikaikan perancanganMu tanpa tahu nikmat apa yang telah Engkau sediakan untukku. Namun sebagai manusia yg lemah, aku selalu kalah dalam nafsu sendiri dan rasa kecil hati. Ya Allah, janganlah Engkau membalikkan hatiku daripada Engkau, dan janganlah pula Engkau berpaling rahmatMu kepadaku. Kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yg maha bijaksana merencanakan sesuatu untuk hamba2Mu. Rabbanaa Aatina Fiddunia Hasanah, Wa Fil Aakhirati Hasanah, Wakina Azabannar. Wassallallahu Alaihi Wassallam, Wal Hamdulillahi Rabbil Aalamiinn..

Friday, August 12, 2011

Bila sedih

Ape aku buat bila rasa sedih?

1. Termenung dalam bilik sorang2 pastu menangis sampai pening kepala dan dahaga.
2. Tenung handset lama2 sampai tertido.
3. Conteng kertas.
4. Dengar lagu sedih (lagi la sedih dibuatnya!!!)
5. Tidur.

Cara yang paling mujarab melupakan kesedihan aku ialah cara no. 5 tu. Korang macamana?