Terima Kasih Tuhan kerana masih menghidupkan kita
Kalau Tuhan tak izinkan kita hidup lagi, kita tak boleh kata apa-apa
Kerana ini semua Tuhan yang punya kuasa
Jangan pula kita tak redha
Kerana takut tempiasnya sampai kepada keluarga
Kali ini kita nak berhujah tentang topik poligami
Topik ini majoriti ditolak oleh para isteri
Sangat diterima pula oleh para suami
Tapi ada juga para suami yang tak sudi
Dan ada juga para isteri yang redhoi
Masing-masing mempunyai sebab untuk hujahi
Poligami diizinkan Tuhan keatas kaum lelaki
Ianya juga dikatakan sunnah Nabi
Tapi sunnah Nabi yang ini sangat tidak disukai
Oleh kebanyakkan manusia yang bersuami
Hujah isteri, suami mereka lah yang miliki
Mana boleh berkongsi
Kalau kongsi sudah tidak asli
Inilah hujah mereka yang takut kehilangan suami
Kalau suami mencari-cari lagi
Dapat tahu oleh isteri, isteri sanggup pergi mati
Kerana terlalu sayang sangat kepada suami
Tak tahu pula apa nak jadi kepada isteri
Kalau suami pula yang mati
Siapa agaknya akan kahwin lagi
Nak, nak kalau isteri yang kematian suami
Bergetah lagi kata orang lelaki
Kalaulah suami pula berpoligami
Poligami ini adalah tak cukup satu isteri
Apakah keadilan dapat lelaki beri
Inilah hujah berupa bangkangan dari para isteri
Bolehkah lelaki menyara para isteri-isteri
Dan juga diri sendiri
Bolehkah lelaki mengadakan itu dan ini
Buat keperluan hidup hari-hari
Kalau tak mampu kaum lelaki jangan perasan diri
Tetapi kalau lelaki mampu pun, berapa ramai para isteri yang sukai
Kalau suami berpoligami
Kalau isteri izin pun, tak tahulah apa yang berbuku dalam hati
Beginilah fenominanya kalau ilmu Tuhan tidak sebati dalam diri
Kita lihat kenapa Tuhan izinkan lelaki boleh lebih satu isteri
Yang dikatakan manusia sebagai poligami
Kalau lah ilmu Tuhan itu manusia miliki
Dan manusia sedari dan kuasai
Mungkin lain pula ceritanya nanti
Sesuatu yang Tuhan izinkan itu pasti ada hikmah disebaliknya
Hikmah ini yang kita gagal mencarinya
Gagal juga menjumpainya
Kalau dizaman Rasulullah katanya Baginda
Disebabkan ramainya para wanita yang janda
Maka kaum lelaki diizinkan menyelamatkan mereka
Dari jadi tak tentu hala
Jadi mungkin ada hujah untuk kita berbicara
Tapi kita tidak berhasrat nak hujah dari sudut yang nyata
Kita nak hujah kenapa Tuhan izinkan kita
Apabila Tuhan mencipta manusia
Tuhan sangat mengetahui apa yang akan berlaku kepada dunia
Sifat lelaki yang Tuhan cipta, kalau tidak di didik akan jadi singa
Singa kalau sudah lapar, dia tidak kira siapa
Memang nafsu lelaki Tuhan jadikan khusus untuk wanita
Walaupun lelaki itu dikatakan beragama, ustaz misalanya
Cuma kalau ustaz ungkapanya akan berbeza
Katanya kalau sudah jodoh tak boleh nak buat apa
Sebab Tuhanlah yang tentukannya
Tapi kalau manusia biasa, mungkin akan berkata
Aku kaya, aku punya suka
Aku mampu untuk menyara
Tak cukup satu aku kahwin dua atau tiga
Inilah bezanya orang beragama dengan orang biasa
Dua-dua hujah ini akan ditolak oleh kaum wanita
Kerana nafsu wanita juga sama
Cuma lain kaedahnya
Kalau lelaki, nafsunya pada wanita
Wanita pula, nafsu mereka kepada harta
Orang lelaki kan ada kemampuan untuk adakannya
Cuma taklah semua
Sukar juga nak dapat jawapannya
Hakikatnya nafsu manusialah yang menjadi tunggaknya
Kalau kita hujahkan saperti yang kita kata
Tetapi sebenarnya bukan itu sahaja
Poligami akan Tuhan izinkan kepada manusia
Yang mempunyai perjuangan yang berbeza
Diantara manusia biasa dengan yang beragama
Orang beragama juga ada yang tak boleh terima
Tambahlah orang biasa
Apa yang kita maksudkan dengan perjuangan yang berbeza
Mari kita bercerita
Poligami sebenar yang diizinkan Tuhan
Adalah kepada manusia-manusia yang mempunyai perjuangan
Bukan perjuangan untuk Agama
Bukan perjuangan untuk Bangsa
Bukan juga perjuangan untuk Negara
Tetapi adalah perjuangan untuk Tuhan yang Esa
Apabila Tuhan dijadikan perjuangan semata-mata
Maka Tuhanlah yang mencaturkan manusia
Poligami adalah salah satu daripadanya
Selain dari itu poligami juga adalah kaedah Tuhan mendidik manusia
Terutama sekali kaum wanita
Kerana keengkaran wanita menurut perintah Tuhan yang berkuasa
Cubalah para-para wanita periksa diri sama
Ada tak yang kesilapan dibuat sesama manusia
Atau dengan suami yang dikatakan empunya
Atau dengan Tuhan Yang Esa
Kalau kesilapan dengan manusia
Mungkin pernah kita sakiti hati mereka
Mungkin juga kita pernah buat aniaya
Jadi hari-hari mereka doa
Supaya Tuhan membalasnya
Ini satu contoh sahaja
Kalau dengan suami pula
Cuba periksa, pernah tak bermasam muka
Kalau suami pulang kerja, berseri tak muka
Atau belum masuk rumah, suami kena sterika
Makan minum suami ada tak dijaga
Atau semua buat sambil lewa
Masa bercinta bukan main dijaga
Sudah kahwin belum beranak boleh tahan juga
Tapi bila sudah beranak, sayang sudah bahagi dua atau tiga
Kadang-kadang suami lalu depan muka buat tak tahu saja
Sebab anak lebih utama
Kalau suami tegur ada tak isteri berlawan kata
Atau berbincang dengan mesra
Kalau sama-sama bekerja
Tugas atau suami yang utama
Semua ini mesti diperiksa dan diambil kira
Kalau ini semua, tiada pada wanita
Tuhan sudah janji tempat wanita adalah syurga
Untung-untung jadi bidadari pula
Kalau dengan Tuhan bagaimana pula
Perintah Tuhan diikuti tak sepenuhnya
Atau ada yang ikut ada yang leka
Ibadah dengan Tuhan dibuat secara ikhlas atau terpaksa
Solat pada waktu atau kadang-kadang buat, kadang-kadang lupa
Berpakaian ada tak menjolok mata
Aurat ditutup tak pada sebilang masa
Atau kadang-kadang tutup kadang-kadang lupa
Pergaulan ada tak dijaga
Tidak bercampur bukan muhrim yang tak sepatutnya
Kalau nak lakukan sesuatu, lakukan untuk siapa
Suami, keluarga atau Tuhan yang lebih utama
Maka poligami bukan buatan manusia
Atau kemahuan lelaki yang setaraf dengan nya
Kalau ianya berlaku dikalangan manusia
Sebenarnya Tuhan hendak mendidik kita
Baik lelaki mahu pun wanita
Agar memahami apa erti redha sesama manusia
Dan dengan Tuhan yang Esa
Ada yang tidak kena dengan manusia
Kerana telah melanggar fitrah kejadian kita
Dan perintah Tuhan pula dicabar dengan kata-kata nista
Maka memang patutlah Tuhan balakan kita
Dan poligami salah satu dari kaedahnya
Bagi kaum wanita poligami itu adalah Kasih Sayang sebenarnya
Kan Kasih Sayang itu fitrah kejadian manusia
Jasad lahiriah dan batin lelaki Tuhan juga yang cipta
Untuk dikongsi bersama dengan yang diizinkanNya
Jadi tak usah kita langgari perintahNya
Kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang Tuhan cipta
Dan apa yang Tuhan nak berikan kepada wanita
Kalau suami ditakdirkan kahwin dua atau tiga
Dan Tuhan nak berikan kepada wanita syurga
Apakah wanita sanggup menerimanya
Atau tolak buta-buta
Tepoklah dada, tanyalah Tuhan Yang Maha Esa
Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
271745 Nov 07
* Nukilan ini disalin tanpa diubah drpd Pn. Ollie Jeff (http://facebook.com/ollie.jeff
No comments:
Post a Comment